Diary Raya Saya: Tunggu Kedatangan Awak
Friday, September 2, 2011 @ 9/02/2011 02:18:00 PM
Semalam (31 Ogos)
7 am: Saya tunggu mesej dari awak sebab awak tak reply pun
mesej saya kelmarin .
10 am: Saja nak siapkan kemas rumah sebab lepas ni nak pergi
kenduri kahwin dengan saudara-mara sebelah ayah .
2 pm: Rombongan saudara sebelah ayah saya baru sampai and
kitorunk gerak sama-sama . dalam perjalanan tu saya asyik
belek handset saya tunggu mesej dari awak . lain mesej yang
ditunggu, lain orang pulakk yang hantar mesej kat saya .
4 pm: Kami pergi beraya di rumah mak saudara sebelah ayah dan
saya masih menunggu mesej dari awak tapi hampa!
6 pm: Kami berangkat nak balik and tak sangka dahh tua-tua
macam saya pun dapat duit raya jugakk, hahaha .
7 pm: Sampai rumah and bersiap solat magrib .
9 pm: Pergi rumah opah sebelah mama and saya masih menunggu
mesej dari awak . please la reply!
11 pm: Saya call awak . saja nak sembang-sembang dengan awak
and tetibe awak bagitahu kelmarin awak pergi beraya
rumah ex-girlfriend awak . erm, awak tak pergi rumah saya
pun kan . saya terus matikan panggilan . lepas tu awak
hantar mesej cakap awak nak raya rumah saya esok . entah
ya entah tak . then awak cakap “saya janji saya datang!”
Hari ni (1 September)
9 am: Pukul berapa awak nak datang ya? semalam tak
bagitahu pun .
11 am: Awak hantar mesej awak cakap dah ada kat kawasan
perumahan saya tapi tak tahu kat mana rumah saya .
alamak! saya tak siap apa-apa pun lagi la awak . lepas tu
awak langsung tak reply mesej saya dah .
12 pm: Saya tunggu kot-kot awak akan datang rumah saya tapi
takde!
4 pm: Saya tanya awak nak datang rumah saya ke tak? sebab ayah
saya nak pergi beraya rumah dua pupu . then awak hantar
mesej cakap saudara awak dari Selangor datang rumah so
tak boleh keluar .
5 pm: Awak hantar mesej lagi tanya boleh tak datang malam .
aduyai! susah betul la mamat ni! nak datang, datang jela .
10 pm: Saya tunggu punya tunggu awak tak datang pun . tetibe
awak hantar mesej cakap nak datang sekarang . erm, baik
tak payah datang terus . orang pun nak tidur dah .
Labels: Unknown