Hope you will never know my real feelings towards you
Wednesday, September 21, 2011 @ 9/21/2011 06:08:00 PM
Awak, kenapa awak jadi macam ni ?
Saya ada buat salah kat awak ke sampai awak tak layan saya macam tu sekali ?
Dulu best je kawan dengan awak kan
Sporting gila-gila!
Tapi tu dulu, sekarang dah lain sebab awak dah berubah
Twak macam dah jadi orang lain, lain sangat-sangat
Saya tak salahkan awak sebab layan saya macam ni
Saya faham situasi orang yang dah berpunya berbeza dengan orang single
Tapi saya tak suruh pun awak layan saya macam awak layan girlfriend awak
And saya tak ada niat nak ganggu hubungan awak dengan dia
Saya just nak berkawan dengan awak macam dulu-dulu
Tapi sekarang ni, saya mesej pun awak tak reply
Kenapa ya ?
Awak marahkan saya fasal kejadian 5 Julai tu ke ?
Erm, saya pun tak twu nak buat macam mana dah untuk berkawan semula dengan awak
Saya nak sangat berkawan dengan awak sebab saya dah lama admire awak
Sejak dulu lagi, sebelum awak couple dengan perempuan tu
Saya twu awak tak twu and saya memang tak nak bagitwu awak pun
Sebab saya risau bila awak dapat twu, awak tak nak berkawan dengan saya langsung
And sekarang ni pun, walau awak nampak saya cam happy dengan life saya sekarang tapi dalam hati
Allah je yang twu perasaan saya (x_x)
Bila terserempak dengan awak kat mana-mana saya rasa cam dunia ni kecik je
Saya harap saya tak selalu terjumpa awak kat mana-mana sebab tu akan lebih menyakitkan hati saya
Kalaulah sakit hati saya boleh dibedah untuk diubati, mungkin sekarang saya sedang berada di wad ICU
Whatever saya tetap bersyukur sebab pernah mengenali awak sebelum ni walaupun perkenalan kita terlalu singkat waktu tu
Saya harap awak tak kan pernah lupa memori 5 Julai tu sampai bila-bila
Insha’Allah <3
Labels: Unknown
Diary Raya Saya: Tunggu Kedatangan Awak
Friday, September 2, 2011 @ 9/02/2011 02:18:00 PM
Semalam (31 Ogos)
7 am: Saya tunggu mesej dari awak sebab awak tak reply pun
mesej saya kelmarin .
10 am: Saja nak siapkan kemas rumah sebab lepas ni nak pergi
kenduri kahwin dengan saudara-mara sebelah ayah .
2 pm: Rombongan saudara sebelah ayah saya baru sampai and
kitorunk gerak sama-sama . dalam perjalanan tu saya asyik
belek handset saya tunggu mesej dari awak . lain mesej yang
ditunggu, lain orang pulakk yang hantar mesej kat saya .
4 pm: Kami pergi beraya di rumah mak saudara sebelah ayah dan
saya masih menunggu mesej dari awak tapi hampa!
6 pm: Kami berangkat nak balik and tak sangka dahh tua-tua
macam saya pun dapat duit raya jugakk, hahaha .
7 pm: Sampai rumah and bersiap solat magrib .
9 pm: Pergi rumah opah sebelah mama and saya masih menunggu
mesej dari awak . please la reply!
11 pm: Saya call awak . saja nak sembang-sembang dengan awak
and tetibe awak bagitahu kelmarin awak pergi beraya
rumah ex-girlfriend awak . erm, awak tak pergi rumah saya
pun kan . saya terus matikan panggilan . lepas tu awak
hantar mesej cakap awak nak raya rumah saya esok . entah
ya entah tak . then awak cakap “saya janji saya datang!”
Hari ni (1 September)
9 am: Pukul berapa awak nak datang ya? semalam tak
bagitahu pun .
11 am: Awak hantar mesej awak cakap dah ada kat kawasan
perumahan saya tapi tak tahu kat mana rumah saya .
alamak! saya tak siap apa-apa pun lagi la awak . lepas tu
awak langsung tak reply mesej saya dah .
12 pm: Saya tunggu kot-kot awak akan datang rumah saya tapi
takde!
4 pm: Saya tanya awak nak datang rumah saya ke tak? sebab ayah
saya nak pergi beraya rumah dua pupu . then awak hantar
mesej cakap saudara awak dari Selangor datang rumah so
tak boleh keluar .
5 pm: Awak hantar mesej lagi tanya boleh tak datang malam .
aduyai! susah betul la mamat ni! nak datang, datang jela .
10 pm: Saya tunggu punya tunggu awak tak datang pun . tetibe
awak hantar mesej cakap nak datang sekarang . erm, baik
tak payah datang terus . orang pun nak tidur dah .
Labels: Unknown


