<link rel="me" href="https://www.blogger.com/profile/01460231848129842355" /> <meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/6976495694910369793?origin\x3dhttp://messy-maria.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> <body>

Free your heart from hatred.
Free your mind from worries.
Some things are better left unspoken.

Entries About Secret Shhh




Welcome.
Seloka: Wahai Insan Biasa
Monday, May 7, 2012 @ 5/07/2012 10:41:00 AM

Andai kata kau kehilangan harta duniamu,
Jangan pernah menangisi ketiadaannya lagi,
Andai kata kau kematian seseorang yang kau cintai,
Jangan pernah meratapi pemergiannya kini,
Andai kata kau sering mensia-siakan masa lapangmu,
Segeralah penuhi ia dengan mendekatkan diri kepada Allah,
Andai kata kau pernah mengambil sesuatu yang bukan milikmu,
Kembalikanlah ia kepada tuan empunya milik,
Andai kata kau selalu menyakiti hati ibu dan bapamu,
Bayarlah dosamu menggugurkan air mata mereka dengan taubat nasuha,
Andai kata kau selalu menangisi kemiskinan hidupmu,
Sedarlah,ramai lagi insan yang hidup melarat diluar sana,
Andai kata kausebelum ini melihat aurat orang bukan muhrim dengan sengaja,
Alihkanlah pandanganmu kini..sesungguhnya kau telah mendaftar untuk satu dosa kecil,
Andai kata kau terdengar seseorang mengutukmu,
Ucapkanlah: ‘Semoga Allah merahmati kamu’,
Andai kata kau berasa sunyi disisihkan orang sekeliling tanpa sebab,
Ketahuilah bahawa Allah sentiasa bersamamu,
Andai kata kau ada membenci sesama makhluk Allah,
Sedarlah, satu titik hitam berjaya menghuni hatimu,
Andai kata kau merindui seseorang sehingga mengabaikan tanggungjawabmu terhadap Allah,
Ketahuilah, kau telah menempah satu dosa besar,
Andai kata kau telah memasang niat jahat dihatimu,
Segeralah patahkan cubaan niat serongmu itu,
Andai kata kau telah mengumpat seseorang,
Berhadapanlah dengan dia dan segera meminta maaf,
Andai kata kau meragui kewujudan Allah,
Buangkanlah perasaan itu jauh dari lubuk hatimu,
Andai kata kau sering menidakkan keesaan Allah,
Ketahuilah… sesungguhnya kau telah MURTAD!

Labels:


Benarkah lelaki terlalu pilih kasih?
Friday, April 13, 2012 @ 4/13/2012 11:56:00 AM


 Kenapa lelaki suka tegur perempuan cantik je?
Then kalau ada perempuan tak cantik pandang sikit pun tak nak. Boleh rosak mata ya pandang yang macam tu?
Kenapa bila perempuan cantik buat salah besar lelaki mesti buat tak tahu?
Bila perempuan tak cantik buat salah sikit je, marahnya macam dia tak pernah buat silap langsung!
Kenapa bila perempuan cantik dapat naik pangkat lelaki akan puji melambung siap nak tawar belanja makan lagi tu?
Tapi bila perempuan tak cantik dapat naik pangkat lelaki akan cakap: Sah dia pergi jumpa bomoh ni! Hei, ada kuota paras rupa ke untuk naik pangkat?
Kenapa bila perempuan cantik pasang pakwe banyak-banyak lelaki tak kisah asalkan perempuan tu tetap jadi awek dia?
Tapi bila perempuan tak cantik dapat tawaran couple daripada ramai lelaki mesti lelaki yang tak ada kena mengena pun nak pandang slack! Ingat perempuan tak cantik tak laku ke?
Kenapa bila perempuan cantik menangis putus cinta lelaki akan back up perempuan tu?
Tapi bila perempuan tak cantik putus cinta lelaki bukan takat tak back up, but lagi dok kutuk adalah. Ingat perempuan tak cantik tak ada perasaan ke?
Kenapa bila perempuan cantik dapat markah rendah dalam ujian lelaki akan cakap: Sabar la, ni baru ujian.
Tapi bila perempuan tak cantik dapat markah rendah dalam ujian lelaki akan cakap: Gelap la masa depan kau! Cakap orang macam masa depan dia sure bagus je kan?
Kenapa bila perempuan cantik merupakan anak orang kaya lelaki mesti cakap: Padan sangat la tu, pakej lengkap!
Then bila perempuan tak cantik merupakan anak orang kaya lelaki akan cakap: Best la dia, lahir-lahir dah boleh goyang kaki je kat rumah.
Kenapa bila perempuan cantik terlanggar seorang lelaki dan meminta maaf, lelaki akan cakap: So k, small matter je.
Tapi bila perempuan tak cantik terlanggar seorang lelaki dan meminta maaf, lelaki akan cakap: Apa maaf-maaf? Batal dah air sembahyang aku!

Hum. Adakah hina seorang perempuan yang kurang cantik daripada segi paras rupa selalu diketepikan oleh kaum Adam?
Sedarlah bahawa 99% akhlak yang baik itu terletak pada sikap mengabaikan kesalahan orang lain dan berlaku adil. So, sejauh mana kesahihan fakta di atas ini semuanya terletak pada individu itu sendiri. Dan ingatlah bahawa semua wanita dalam dunia ini dilahirkan cantik ^_^

Labels:


Cinta Remajaku :)
Wednesday, December 21, 2011 @ 12/21/2011 10:05:00 AM





“I love U, Safiah!"
Tu la ayat pertama yang aku luahkan pada dia semester lepas dan tu jugak kali terakhir aku bercakap dengan dia. Safiah. Ya! memang namanya Safiah. Safiah Najwa Elayna binti Dato’ Shapley. Gadis kacukan Melayu - Scotland. Tak siapa pun tak setuju kalau aku cakap dia cantik persis Annasophia Robb versi Melayu bertudung. Cun giler beb tapi sombong! Seksa betul!
  Aku dengan dia sama-sama pelajar jurusan Teknologi Maklumat. Bezanya cuma dia anak orang berada sedangkan aku belum tentu dapat belikan sebuah beg Gucci macam yang boyfriend dia selalu bagi, Caun. Tak dinafikan memang Safiah sudah berpunya dan kekasihnya itu merupakan abang angkatku. Aku juga mula mengenali Safiah melalui Caun ketika dia mengajakku untuk bertemu dengan seorang teman katanya. Awal ura-ura aku dah berkenan tahap dewa kat dia tapi lepas abang Caun introduce budak tu sebagai girlfriend dia aku terus off mood. Melepas! Hari-hari la diorang dok dating depan aku, nyampah aih! Tapi tanpa aku sedari, pertemuan pertama kali itulah yang membuatkan tidur setiap malamku tidak seindah sebelum aku mengenalinya. Ceh, jiwang karat pulak! Apa pun, terima kasih Safiah kerana masih menyimpan rahsia ni.
            “Aku bukan tak nak Wan. Kau kena faham jugak.”
            “Ala, pedulikan balak mereng dia tu. Hidung belang!”
Aku berasa kurang senang dengan jawapan member baik merangkap teman satu dorm aku, Safwan yang memang selalu memberikan idea yang bukan-bukan kepadaku.
            “Wan, lelaki sejati tak buat kerja macam tu,” jawabku bersahaja, sambil menikmati Nescafe panas dihadapanku.
            “Aku tengok diorang selalu gaduh sejak bulan lepas. Mesti perang besar.” Safwan mengagak sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.
            “Couple of The Year berantakan bukan perkara biasa.” Aku membuang pandangan ke arah luar tingkap kafe.
Safwan hanya ketawa dan membalas.
            “Eleh, pasangan mana yang tak akan berpisah Epul? Cuba beritahu aku.” Safwan masih cuba mempengaruhi fikiran warasku. Kusut!
            “Kebanyakannya kekal lama.” Aku menjawab selamba. Ringkas tapi padat isinya.
            “Ala, cinta remaja tak ke mana la Epul. Tengok macam aku, the real Mr. Casanova. Hahaha…” Safwan ketawa dan bingkas bangun ingin beredar.
            Aku terdiam sejenak, cuba mengimbas kembali kenangan lalu. Dulu aku juga seperti Safwan, suka mempermainkan perasaan wanita-wanita yang datang menyapa tanpa dipinta. Memiliki rupa paras yang kacak merupakan satu anugerah yang tidak ternilai bagiku. Dapat menarik perhatian jutaan gadis hanya dengan senyumanku, membuatkan aku semakin leka dan hanyut dalam dunia ciptaan sendiri. Tapi tu kisah lama, sejak aku bertemu dengan Safiah kehidupanku berubah banyak. Ceh, love at first sight la katakan, hahahaha!

Hari minggu memang hari paling aku nanti-nantikan. Aku dah planned nak lepak kat Danga Bay dengan Safwan, Dek An, Anip, Paan, Eijat dan Jo aka Joanna. Satu-satunya perempuan yang memang sebati dengan jiwa dan lifestyle jejaka idaman Malaya seperti kami. Hahahaha! Sekali pandang luaran memang cun gila beb! Dua kali pandang, alamak… tomboy sih! Tapi kami semua tak kisah, sebab kami mudah mendapatkan maklumat tentang kaum hawa kat kolej ni melalui Joanna. Ala-ala informer kami la katakan. Cayalah Jo!
            “Mana Jo ni? Dah naik sawan aku tunggu.” Anip mula mengeluh.
            “Ala, macam biasa. Mesti tengah cari legging hilang lagi.” Dek An menjawab sambil mengibas-ngibas bajunya. Panas terik kot!
            “Takkanlah. Tengah mekap la tu, pakai eyeliner pun dah 30 minit.” Eijat tiba-tiba menyampuk.
“Ni la perempuan, ratu make up. Lembab!” Safwan turut merungut sambil kakinya menyepak batu-batu kecil di atas jalan. Bosan menunggu barangkali.
Kemudian Paan terpandang pada seseorang di belakang Safwan yang sepertinya sedang mencari seseorang lalu mengangkat tangan.
            “Jo! Sini la!”
            Semuanya menoleh ke arah Safwan dan kelihatan Joanna sedang berjalan ke arah mereka. Aku mengerling ke arah kasut Joanna. Perghhh! Cantik siut!Sneakers baru tu! Patut lambat. Kami semua berpandangan sesama sendiri dan tersengih.
            “Sorry semua. Legging aku tak kering tadi. Sorry tau!” Joanna membuat muka simpati. Aku mencebik. Ceh, mana ada lelaki nak simpati pada lelaki! Buat seketika aku tertarik untuk menoleh ke arah Dek An dan Eijat. Dua jejaka yang selalunya berlainan pendapat namun punya minat yang sama seperti kami semua iaitu hang out 24jam.
            “Macam biasa, semuanya fasal legging.” Paan menghulurkan tangannya kepada Eijat. Eijat pantas menggeleng.
            “Duit tak cucuk lagi. Daddy aku outstation.” Eijat mengeluarkan poket jeansnya. Paan merengus.
            “Nak hang out tak bawa duit satu kes berat yang tak dapat dimaafkan. Suwei betul!” Paan menjeling Eijat diikuti anggukan daripada kami semua. Eijat mengangkat kedua-dua tanggannya ke atas kepala seperti orang kena tahan polis.
            “Okay. Mama aku bagi sikit je harini.” Eijat mengeluarkan not seratus daripada poket belakang jeansnya. Paan tersenyum riang dan menggentel-gentel lengan Eijat. Kami semua ketawa pecah perut. Sudah dapat mengagak apa yang bermain dalam fikiran kedua-dua mereka. Seperti biasa, Eijat dengan terpaksa hatinya akan mentopupkan perut-perut kami dek kerana bodekan Paan. Actually, Eijat adalah budak paling kaya diantara kami semua so memang patut pun dia kena belanja kami walaupun dia tak pernah volunteer untuk berbuat demikian. Ala, kaya sikit je daripada Bill Gates tu!

            Isnin ni memang hari yang paling mendukacitakan aku. Paperwork aku untuk presentation pagi tadi dah la aku tak siap plus dengan ketensionan aku terhadap kes Puan Julia yang kugelar Si Murai tu masih terpahat di kotak memori. Ada ke patut dengan muka merah padam dan lagaknya bagai seorang professor berpengaruh beliau dengan sewenang-wenangnya telah menunding jari ke arahku sambil memberi amaran entah untuk ke berapa kali katanya. FINISH YOUR WORKS NOW! Fuhh! Garang betul! Macam Mama jugak. Sambil mengelamun perihal masalah di kuliah pagi tadi, langkah kaki aku percepatkan supaya segera sampai ke perpustakaan di tingkat tiga. Yeah! Chaiyok! Paperwork tu mesti kusiapkan hari ni juga! Tiba-tiba…
            “See. Kan aku dah cakap. Pia dengan Caun pun tak lama. Kau memang anak murid aku yang terpelajar.” Terdengar suara nyaring dan kuat disertai dengan derapan tapak kaki menuruni tangga.
            Ini suara Wawa si kaki gosip! Tak ada orang yang ada suara besar dan nyaring macam dia!
            Aku cepat-cepat menyorok di bawah tangga seraya membatalkan hasrat untuk ke perpustakaan.
            “Hahaha! Tahniah untuk aku dan terima kasih untuk Tok Guru Wawa.” Suara kawan baiknya, Nadia.
Kemudian kedengaran suara Wawa ketawa.
Nadia menyambung, “Kesian Pia. Tu la couple dengan si playboy tu siapa suruh?” Nadia tersenyum penuh makna.
“Hey seksi, jaga Caun tu baik-baik. Bukan senang nak dapat balak handsome and kaya macam dia tau! Good taste!”
“Thanks untuk pertolongan kau. Menjadi juga gosip kau tentang Pia tu kan. Baru padan dengan muka dia.”
Kemudian mereka sama-sama ketawa.
Aku keluar setelah menyedari mereka sudah berada jauh dari tempat persembunyianku. Lantas berdiri megah dan tersenyum lebar. Yeah! Inilah berita yang aku nanti-nantikan sejak sekian lama, Safiah kembali single! Sejahat-jahat mulut si Wawa tu ada juga kebaikannya untuk aku. Hehehe…


(Eh, belum habis lagi la. Click READ MORE ye :)



Read more »

Labels: