Andai Dia Milikku
Friday, January 27, 2012 @ 1/27/2012 11:50:00 AM
Tuhan, aku sayang dia
Tiada lain yang kupinta hanya dia untuk menemani hari-hari mendatang
Tuhan, izinkan aku untuk bersamanya
Melalui liku-liku hidup dengan seribu harapan
Takkan aku biarkan dia kecewa untuk sekali lagi
Akan kujaga dia dengan sepenuh hati ini
Tidak aku benarkan air matanya mengalir terus
Selagi hati ini mampu bertahan
Janji akan ku mempertahankannya
and I’ll fight for him until his heart stop breathing…
Insha’Allah
Labels: Jiwang
Andai Dapat Kuundur Masa Lalu
Sunday, January 15, 2012 @ 1/15/2012 02:41:00 PM
Aku hanyut dalam duniamu
Kita layari hari-hari indah bersama
Berkongsi kisah suka dan duka
Mengharungi segalanya dengan senyuman
Hari ini
Kau tinggalkan aku kerana dia
Kehadirannya melenyapkan bayangku dari kamus hidupmu
Terasa diri ini begitu kecil dimatamu
Mudah sekali kau permainkan aku
Kau mungkiri janjimu
Oh Tuhan!
Apakah yang sedang terjadi kini?
Esok
Mungkin aku dapat merelakan pemergianmu
Si pencinta palsu yang berjaya meragut hatiku
Lalu percayalah
Hidupmu akan berubah
Namun… ketiadaanmu tidak merubahku!
Labels: Jiwang
20 Ayat Cinta Paling Hot 2011
Thursday, January 5, 2012 @ 1/05/2012 10:06:00 AM
Salam alaik :)
Whats up? Harini aku nak buang tebiat sikit jap, heh. Nak post benda ni ha. Ni berdasarkan kajian yang telah dibuat tau. Tak larat tulis banyak, baca jela ek? Hehe.
Whats up? Harini aku nak buang tebiat sikit jap, heh. Nak post benda ni ha. Ni berdasarkan kajian yang telah dibuat tau. Tak larat tulis banyak, baca jela ek? Hehe.
1) I love you
2) I miss you
3) Muah!
4) Will you be my lover?
5) My kiss is only for you
6) I want to hug you
7) Will you marry me?
8) … … only for you
9) Let’s dating?
10) You’re the best part of my life
11) I’ll always waiting for you
12) You’re the queen/prince of my heart
13) Honestly, I’m had fell in love with you
14) I believe that you love me too
15) Can I get your social networking email and password?
16) I’ll never break your heart
17) Please don’t let me go/ I’ll never let you go
18) I wish you were always beside me
19) I need you here right now
20) You’re something that I don’t wanna loose
Labels: Jiwang
My bestie talk to her/his ex? I don't believe it!
Saturday, October 15, 2011 @ 10/15/2011 03:52:00 PM
12 sebab kenapa kawan you all tu boleh jadi teman terbaik kepada ex-lover diorang (-v-)

1) Kawan you all tak kisah menerima kehadiran semula ex-lover sebagai best friend
2) Kawan you all faham perangai ex-lover
3) Kawan you all tahu kegemaran ex-lover
4) Kawan you all kenal dan masih berhubung dengan member rapat ex-lover
5) Kawan you all terlatih untuk menjadi pemujuk terhebat
6) Kawan you all banyak memotivasi diri setelah kecewa dengan ex-lover diorang tu
7) Kawan you all masih sayang dan mengingati kenangan bersama ex-lover
8) Kawan you all tahu dan hafal biografi dan biodata ex-lover!
9) Kawan you all boleh menjadi pendengar setia problems ex-lover
10)Kawan you all pakar handle masalah hubungan ex-lover dengan awek barunya (pelik tapi benar!)
11) Kawan you all memahami kehidupan dan rutin ex-lover
12) Kawan you all open minded (yela, dulu sensitive sebab tu ditinggalkan)
13) Mana-mana jawapan yang munasabah, hohoho
Labels: Jiwang
100 Reasons Why Couples Often Break Up
Sunday, October 2, 2011 @ 10/02/2011 04:37:00 PM

1)Pasangan playboy/playgirl
2)Pasangan tidak mengambil berat perihal teman wanita/lelaki
3)Pasangan pengotor dan tidak mementingkan kebersihan diri
4)Pasangan gemar memungkiri janji
5)Pasangan gay/lesbian/pengkid/tomboy/etc.
6)Pasangan tidak serius dalam perhubungan
7)Pasangan bersikap keanak-anakan aka childish
8)Pasangan sukar menjalankan tanggungjawab
9)Pasangan gangster aka ganas such as kaki pukul
10)Pasangan materialistik
11)Pasangan suka mengongkong teman wanita/lelaki walaupun mengenai perkara yang remeh
12)Pasangan hipokrit
13)Pasangan kembali pada kekasih lama
14)Pasangan dijodohkan dengan orang lain yang bukan pilihan hati
15)Pasangan sudah bosan dengan teman wanita/lelaki
16)Pasangan menganggur
17)Pasangan mengutamakan hobinya berbanding teman wanita/lelaki
18)Pasangan tidak sanggup hidup susah dengan kekasih(contoh: tak mahu jaga gf/bf yang masuk wad and etc.)
19)Pasangan tidak menjaga penampilan diri aka selekeh/serabai
20)Pasangan mementingkan jenama dan kemewahan
21)Pasangan tidak jujur dalam perhubungan
22)Pasangan memang sengaja ingin mempermainkan perasaan teman wanita/lelaki
23)Pasangan tidak disukai oleh parents kekasih
24)Pasangan mempunyai kisah hitam di masa lalunya(kekasih tak dapat terima kenyataan!)
25)Pasangan berpendapatan rendah
26)Pasangan suka merungut dan membebel tak tentu hala(fade up la!)
27)Pasangan mencintai orang lain
28)Pasangan tidak pernah memikirkan perasaan kekasih dalam apa jua keadaan and selfish
29)Pasangan dungu dan hanya mengikut kata(rasa macam couple dengan tunggul je!)
30)Pasangan suka merajuk dan sukar dipujuk
31)Pasangan mempunyai masalah kesempitan hidup
32)Pasangan lebih mementingkan orang lain berbanding teman wanita/lelaki
33)Pasangan tidak beradab
34)Pasangan suka mengeluarkan kata-kata kesat
35)Pasangan merupakan suspek buruan polis/pihak berkuasa
36)Pasangan takut terikat dengan komitmen
37)Pasangan mempunyai penyakit berjangkit yang tiada penawar
38)Pasangan dikhuatiri tidak mampu menyara keluarga
39)Pasangan berpendidikan rendah
40)Pasangan gemar mengambil mudah hal yang penting(contoh: tak ambil tindakan walaupun ada orang ketiga dalam perhubungan)
41)Pasangan kurang ajar/ tidak sopan
42)Pasangan merupakan perokok tegar
43)Pasangan menjengkelkan(any aspects)
44)Pasangan berjiwa sensitive yang sukar dikawal(cepat touching tak bertempat)
45)Pasangan tidak pernah menghargai usaha teman wanita/lelaki
46)Pasangan berkelakuan keji dan tidak bermoral
47)Pasangan tidak hormat parents dan orang lain
48)Pasangan tidak memahami kerjaya antara satu sama lain
49)Pasangan terlalu nerd(bosan kan?)
50)Pasangan tidak cantik/handsome
51)Pasangan kaki kikis(absolutely kikis duit!)
52)Pasangan tak matang dan kelam kabut
53)Pasangan couple kerana hanya mahu mengisi kekosongan hidup buat sementara waktu
54)Pasangan suka membandingkan teman wanita/lelaki dengan kekasih lama
55)Pasangan cuma ingin membalas dendam kepada kaum lelaki atau kaum wanita
56)Pasangan cuma menganggap hubungan itu cinta monyet
57)Queen or king control
58) Pasangan cuba mengubah kekasihnya tanpa memikirkan perasaan kekasihnya
59)Pasangan terlalu jaga standard
60)Pasangan tiada personality dan gemar berpura-pura
61)Pasangan panas baran aka hot-tempered
62)Pasangan busy 24 jam and tiada masa untuk teman wanita/lelaki
63) Pasangan over jealous aka cemburu buta
64)Pasangan jatuh cinta pada orang lain
65)Pasangan sukar meminta maaf setelah melakukan sesuatu kesalahan
66)Wujudnya orang ketiga dalam perhubungan
67)Hubungan jarak jauh antara pasangan
68)Couple kerana hanya ingin dianggap matang oleh kengkawan
69)Mempunyai pasangan otak blue giler!
70)Pasangan suka menyepikan diri dan jarang contact teman wanita/lelaki
71)Pasangan suka menuduh kekasihnya curang
72)Pasangan fanatic terhadap sesuatu yang tidak digemari teman wanita/lelaki
73)Pasangan tiada masa untuk keluar date or cakap hai pada pasangannya
74)Pasangan suka mengkritik perbuatan teman wanita/lelaki
75)Pasangan mementingkan diri sendiri
76)Pasangan tidak pandai berdikari dan suka bergantung hidup pada orang lain
77)Pasangan tidak bersedia untuk berterus terang dengan teman wanita/lelaki
78)Pasangan berharap teman wanita/lelaki faham akan perasaannya tanpa berkata-kata (mana mungkin?!)
79)Pasangan susah sangat nak cakap I miss u, I love u
80)Pasangan sentiasa memaksa teman wanita/lelaki melayani dirinya
81)Pasangan mengambil ringan akan keadaan kekasihnya
82)Mencuba couple-couple niy hanya kerana dicabar oleh rakan
83)Hari-hari penting bagi korang berdua /kekasih pun boleh lupa
84)Tiada lagi rasa sayang antara pasangan
85)Kekasih bermain mata dengan orang lain ketika dating
86)Pasangan terlalu control macho/cun
87)Couple cuma hobi masa lapang
88)Pasangan menganggap kekasihnya hanya cinta pakai buang
89)Pasangan mempunyai ego yang tinggi(payah ni!)
90)Pasangan bangga diri/angkuh/sombong dan merasakan dirinya terlalu hebat
91)Pasangan over gedik and mengada-ngada tak bertempat(muak seh!)
92)Termakan hasutan kengkawan yang cemburu akan keintiman mereka
93)Sentiasa menjadikan rakan sebagai orang tengah antara mereka
94)Pasangan yang kedekut mengeluarkan modal time dating or time kekasih minta tolong something
95) Selalu berlaku perselisihan faham walaupun hanya mengenai perkara remeh
96)Pasangan menyamar(example: dah berpunya tapi mengaku single, konon anak dato’ terkemuka la and etc.)
97)Pasangan gemar bersosial dan sememangnya terlalu sosial
98)Pasangan terlibat dalam gejala yang tidak sihat(example: taking drugs)
99)Sebab-sebab lain(break up) yang tidak dinyatakan disini adalah masalah peribadi individu
And this is the best part why do some couples break up is…
100)When your lover just put everything to God's will and believe that God arranged everything, including the question of life partner . he/she is the best life partner that is rare to found.

Labels: Jiwang
Just untuk renungan semua :D
Saturday, August 13, 2011 @ 8/13/2011 06:45:00 PM
Nota: Cerita ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa, sekadar sebuah kisah seorang bekas playgirl(identity dirahsiakan) untuk tatapan semua pembaca.
Kisah bermula apabila tiga orang remaja, seorang lelaki dan dua perempuan berjalan-jalan di sekitar sebuah kawasan perumahan yang rata-ratanya dihuni oleh orang Melayu beragama Islam. Seorang lagi perempuan merupakan sahabat si perempuan (watak utama).
Situasi berlaku pada waktu petang kira-kira jam 5.00 petang. Mereka berdua sedang menuju ke taman permainan di hadapan rumah rakan mereka. Lelaki tersebut duduk di atas tanah manakala perempuan tersebut bermain buaian.

Setelah 15 minit mereka membisu, perempuan tersebut lantas memulakan perbualan.
Perempuan: Awak, sampai bila hubungan kita akan kekal macam ni ya?
Lelaki: Entahlah. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Perempuan: Awak bahagia tak dengan saya?
Lelaki: Mestilah. Jangan tanya yang bukan-bukan la.
Perempuan: Saya takut kasih awak berubah je.
Lelaki: Selagi saya tak cakap saya curang maknanya awak seorang je gadis saya.
Perempuan: Awak rasa saya cantik tak?
Lelaki: Mungkin mama saya lebih cantik kot. Hehehe…
Perempuan: Dah agak dah, asyik ulang jawapan yang sama je. Erm, awak ni tak pernah jemu ke dengan saya?
Lelaki: Nak jemu kenapa?
Perempuan: Manalah tahu.
Lelaki: Perempuan ni memang suka fikir yang bukan-bukan ke? Suka tanya yang pelik-pelik.
Perempuan: Kaum hawa lebih teliti dalam soal perhubungan lah.
Lelaki: Oh, macam tu.
Perempuan: Betul awak sayang saya?
Lelaki tersebut hanya mengangguk tanpa bersuara.
Perempuan: Tapi kenapa saya selalu tengok awak buat tak tahu je bila saya bagitahu ada orang ganggu saya kat telefon?
Lelaki: Saya cuma nak awak selesaikan masalah awak sendiri. Nanti saya salah handle kita gaduh pula.
Perempuan: Tengok la awak tu. Suka sangat ungkit kisah lama. Sekarang saya dah berubah la. Saya tak marah-marah lagi dah.
Lelaki: Alhamdulillah…
Perempuan: Awak, dah 2 tahun kita couple kan? Awak seronok tak couple dengan saya?
Lelaki: Saya seronok couple dengan awak sebab awak penyayang, hormat orang tua, alim and sporting!
Perempuan: Thanks awak! Awak ni baik sangat tahu tak? Awak tak pernah kongkong saya.
Lelaki: Tak adalah baik mana. Setakat jadi imam solat subuh kat surau tu selalu lah juga.
Perempuan: Hahaha… Kelakar lah awak ni. Patut lah first time kita declared dulu awak hadiahkan saya tudung.
Lelaki: Saya cuma tak nak awak sengsara di akhirat kelak.
Perempuan: Oh ya, saya pelik la kenapa awak tak pernah cakap sayang kat saya even sekali pun? Macam syok sendiri je saya ucap sorang-sorang kat awak. Ada emas ke dalam mulut awak tu sampaikan nak cakap tu pun susah sangat.
Lelaki: Eh, tak susah pun.
Perempuan: Penat betul cakap dengan awak ni. Tak ada effect langsung, bosan tahu tak!
Lelaki: Saya minta maaf la awak. Bukan senang nak memahami isi hati perempuan ni.
Perempuan: Saya tak suruh pun awak fahamkan isi hati saya!
Lelaki: Syaitan lebih mudah mendekati seseorang yang sedang dalam kemarahan.
Perempuan tersebut menjeling ke arah lain dengan muka masam. Sakit hati dengan kata-kata lelaki tadi.
Lelaki: Kurangkan gula dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman.
Perempuan: Saya tahulah! Awak tak payah nak ajar saya.
Lelaki: Yela, saya tahulah awak ada PhD. Saya ni baru je habis degree.
Mendengar suara lelaki tersebut yang seakan lain daripada selalu, perempuan tersebut lantas menoleh.
Perempuan: Ala… merendah diri pula awak ni. Saya gurau jela. Awak jangan merajuk tau. Saya ni doctor biasa-biasa je.
Kata-kata perempuan tersebut membuatkan lelaki tadi tersenyum kembali.
Lelaki: Sebab tu saya suka awak. Awak pandai ambil hati saya lepas sakitkan hati saya.
Perempuan: Amboi… Cubit nanti baru tahu langit tinggi rendah.
Lelaki: Eh, jangan! Doktor cubit nanti keadaan akan lebih teruk.
Perempuan: Kenapa pula?
Lelaki: Bila doctor yang cubit, orang akan rasa sakit dan orang sakit akan berjumpa dengan doctor untuk mendapatkan ubat ye tak? Buat naya je.
Kemudian mereka sama-sama tergelak. Setelah keadaan reda, lelaki tersebut bersuara perlahan.
Lelaki: Awak, saya nak minta maaf sebab semalam saya tak sengaja terbaca mesej kat handset awak tu.
Terkejut dengan kata-kata lelaki tadi perempuan tersebut dengan gelabahnya mengeluarkan mobile phone dari beg tangannya lalu membuka mesej inbox manakala lelaki tersebut masih relaks.
Perempuan: Awak baca mesej yang mana satu?
Lelaki: Mesej “Hi sayang, U buat apa tu?” Sejak bila pula saya guna number lain?
Perempuan tersebut terpinga-pinga lantas men’delete’ semua mesej di dalam inbox.
Perempuan: Eh, mana ada mesej macam tu dalam handset saya lah! Tak percaya ambil handset ni tengok lah.
Handset Nokia N73 kini bertukar tangan. Lelaki tersebut tidak membuka mesej perempuan tersebut tetapi meletakkan handset itu di atas beg tangan perempuan tadi. Berasa pelik dengan tindakan kekasihnya, perempuan tersebut lantas bertanya.
Perempuan: Kenapa tak tengok?
Lelaki: Saya bukan suami awak yang sah. Saya tak ada hak nak halang dengan siapa awak mahu berkawan. Tapi saya harap awak setia dan takkan tipu saya.
Perempuan tersebut terkedu. Terasa terpukul dengan tindakan diri sendiri. Perempuan tersebut membisu seribu bahasa manakala lelaki tadi masih mengekalkan senyumannya. Dia sudah dikurniakan seorang kekasih yang baik namun dia masih tidak menghargainya. Airmata perempuan tersebut tiba-tiba mengalir. Dia tahu lelaki itu sedar akan penipuan dan kecurangannya namun lelaki tersebut masih lagi bersahaja seakan-akan tidak ada apa-apa yang berlaku diantara mereka berdua. Ketahuilah wahai wanita-wanita semua, lelaki yang benar-benar menyukai seseorang perempuan tidak akan mudah mengucapkan kata-kata sayang pada perempuan tersebut kerana dia risau jika dia sudah mengucapkan kata-kata sayang tersebut dan ketika perempuan tersebut sudah memberikan sepenuhnya kepercayaan terhadap lelaki itu, dan lelaki tersebut mengkhianatinya. Lelaki juga lebih bersikap tertutup, tidak banyak berfikir dan tidak banyak bertanya perihal perhubungan berbanding perempuan. Wahai wanita-wanita yang disayangi, kamu tahu lelaki juga punya hati dan perasaan jadi cuba bayangkan jika kamu mendapat seorang lelaki yang panas baran. Tidak mustahil kamu akan ditinggalkan kala itu juga. Namun, lelaki juga harus tahu ketika Allah menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa, memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah dan memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya. Fikir-fikirkanlah.
seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa, memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah dan memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya. Fikir-fikirkanlah.

P/S: Wahai wanita, hargailah orang yang benar-benar ikhlas dengan kamu dan bukan dengan orang yang hanya mahu mengambil kesempatan keatasmu
Labels: Jiwang


